Hanya Satu Persinggahan Yeni Inka Lirik Lagu

Hanya Satu Persinggahan Yeni Inka Lirik Lagu

Berikut lirik lagu "Hanya Satu Persinggahan" dinyanyikan oleh Yeni Inka


Di sini kasih pernah berbunga

Tiada harum tiada warna

Di sini cinta pernah membara

Tanpa bahang dan tanpa apinya


Begini yang kurasa

Hidup kita berdua


Di sini langit mendung selalu

Tiada cahya menyinariku

Di sini aku tiada berdaya

Mengikut kata tanpa bicara


Kerana engkau tahu

Aku tidak sepadan denganmu


Hubungan kita suatu persinggahan

Bukan pengabadian yang rela

Pemergianku, oh, kerana terpaksa

Demi hidup yang lebih sempurna


Anggaplah kehadiranku

Hanya satu persinggahan

Aku tidak menjanjikan

Mahligai impian

Sebagaimana kau harapkan


Biarlah jauh dari pandangan

Daripada dekat penuh siksa

Biar berduka biar melara

Dari sengketa sepanjang masa


Janganlah engkau harap

'Ku menghambakan diri


Nanti kau tahu ertinya sepi

Bagaikan pisau menghiris hati

Nanti kau tahu ertinya rindu

Bagai tersusuk duri sembilu


Batin akan tersiksa

Jasad pasti merana olehnya


Post a Comment

0 Comments